Pages

Friday, December 31, 2010

Stevia: Pengganti gula


Bile frogos tengok tv bnyk iklan mengenai ramainye rakyat malaysia menghidap penyakit kecing manis.Jadi terfikir frogos pengganti yg boleh menggantikan gule ini dan mengurangkan risiko penyakit kencing manis.Jadi bile serve kat internet jumpekla akan pengganti gule ini.Ia dinamakan STEVIA

Gula yang frogos maksudkan tu bukanlah gula tebu tapi gula yang terhasil daripada ekstrak pokok STEVIA. Pokok STEVIA ni merupakan pemanis semulajadi yang banyak digunakan di Jepun. Berdasarkan pembacaan frogos pokok ni berasal dari Paraguay dan sekarang baru sahaja masuk market di Malaysia dalam setahun dua ni.

Apa yang menarik gula ini tak ada kalori dan rasanya memang manis macam gula tebu. Pendek kata gula ni bagus untuk orang yang ada masalah diabetes dan orang yang nak jaga kesihatan. Kajian telah dibuat dan membuktikan bahawa gula ni mempunyai tahap kemanisan 200-300 kali ganda berbanding gula tebu. So kalau nak bancuh air gula stevia ni taruk sikiiiittt....je.Lagipon x silap frogos dekat hospital pon gune gule nikan..?

Memandangkan produk ni baru lagi kat Malaysia frogos rasa gula stevia ni ada potensi untuk digunakan secara meluas.

Kalau berminat nak dapatkan produk STEVIA atau nak lebih tahu pasal STEVIA  anda boleh klik banner bawah ni. STEVIA ni bagus untuk kesihatan. Sesuai sangat la untuk orang yang nak diet, obes dan kencing manis.


Thursday, December 30, 2010

Istighfar bantu umat Islam sucikan hati, dibuka pintu rezeki




APABILA berdepan masalah hidup, fikiran dan perasaan menjadi resah serta bercelaru. Namun, Allah memberikan orang mukmin pelbagai jalan bagi menangani apa saja permasalahan hidup di dunia ini.

Satu daripadanya, amalan istighfar untuk memohon keampunan Allah sebanyak yang boleh setiap hari sebagai ibadah.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barang siapa memperbanyakkan istighfar, Allah melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannya dan mengurniakannya rezeki dari sumber yang tidak diketahui.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)
Inilah perkhabaran gembira buat mukmin yang selalu melazimkan istighfar dalam kehidupannya.

Dalam satu riwayat, Ar-Rabi’ bin Sobih berkata kepada Imam Al-Hasan: “Kaum lelaki datang kepadamu dengan mengadu mengenai pelbagai masalah, untuk mereka semua, kamu menyuruh beristighfar.”

Lalu kata Al-Hasan: “Aku tidak berkata apa-apapun daripada pendapatku sendiri, bahkan sesungguhnya Allah mengatakan dalam surah Nuh, Hendaklah kamu memohon ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Dia akan menghantar kepada kamu hujan dengan lebat. Dan memperbanyakkan harta dan anak dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai.” (Surah Nuh, ayat 10-12)

Begitulah kedudukan istighfar sebagai mekanisme menghadapi pancaroba hidup. Tidak ada masalah yang tidak boleh diselesaikan seandainya Allah membantu kita, begitulah sebaliknya, tiada apa boleh dilakukan tanpa pertolongan Allah.
Kita seharusnya mengambil iktibar pengajaran kisah Nabi Nuh seperti diceritakan dalam al-Quran ketika Baginda menasihatkan kaumnya memperbanyakkan istighfar kepada Allah supaya segala dosa mereka diampunkan dan Allah memberi limpah kurnia hujan dan menumbuhkan rezeki kepada mereka.

Firman Allah bermaksud: “Dan (dia) berkata, wahai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang sangat deras atas kamu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.” (Surah Nuh, ayat 52)

Nyata taubat dan istighfar adalah penyelesaian masalah hidup. Oleh itu, dalam kehidupan serba moden hari ini, amalan taubat dan istighfar mestilah tidak dicuaikan, sebaliknya dijadikan amalan harian khususnya selepas solat wajib mahupun sunat.

Al-Imam Al-Qurthuby mengatakan, taubat dan istighfar seseorang mukmin itu akan diluaskan pintu rezekinya serta mampu menikmati kehidupan dengan tenteram dan bahagia.

Kita mengalami masalah mungkin disebabkan maksiat dan dosa yang kita lakukan, zahir ataupun batin. Dengan tompokan dosa itulah yang menjadi penghalang terbukanya pintu rahmat dan rezeki dari Allah.

Hal itu pernah disuarakan Rasulullah SAW dalam sabda yang bermaksud: “Sesungguhnya seorang hamba itu diharamkan rezeki untuknya disebabkan dosa yang dilakukannya.” ( Hadis riwayat Ahmad, Ibnu Majah dan Hakim).

Sebagai hamba Allah, kita tidak harus lalai daripada bertaubat dan istighfar kerana tiada seorang manusia yang tidak dapat lari daripada melakukan dosa. Untuk melepaskan diri daripada belenggu dosa dilakukan secara sedar atau tidak, ialah dengan memperbanyakkan taubat dan istighfar kepada Allah.

Janganlah menganggap diri kebal atau bersih dosa lantaran sentiasa menuruti apa saja perintah Allah kerana kita mungkin dijangkiti penyakit hati dan dosa maksiat hati juga akan menjadi penyebab timbulnya pelbagai dugaan hidup.

Sesungguhnya, beruntunglah hidup seseorang mukmin yang apabila tergelincir ke lembah dosa dan merasakan dirinya jauh dari Allah, lalu berusaha keras melakukan taubat dan beristighfar. Orang ini akan disucikan kembali hatinya dan kehidupannya pasti disinari kebahagiaan melalui pelbagai nikmat. 



atas ehsan berita harian 

oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar

 

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IstighfarbantuumatIslamsucikanhati_dibukapinturezeki/Article

maklumat terkini maher zain

Baru tadi frogos ade terbace mengenai maher zain di berita harian online,yg mengatekan maher zain akan membuat konsert stadium melawati di selangor pade 25 dan 26 februari 2011 nanti,wah sudah pasti ramai peminat jejaka kacak ini nanti akn hadir ke stadium melawati ni nanti pade februari ni nanti.Dan terbaru frogos bace di facebook yg maher zain ini sedang merakam kan lagu insyaAllah ni dalam versi bahas melayu.waaa semakin rami la rakyt malaysia yg akn meminati beliau termasukla frogos sendiri..huhuhuhuh

Dalm arikel yg frogos bace td cakap maher zain ni x berdisiplin, hurm..pade frogos x wajarla cakp mcm tu kan..ape2 pon anda sume, bace la artikel mengenai maher zain ni lebih mendalam jike nak tau info terkini mengenai beliau..

For the Rest of My Life Lyrics

I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I`m here with you
Now let me let you know
You`ve opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And theres a couple words I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You`re my wife and my friend and my strength
And I pray we`re together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And theres a couple word I want to say
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart now that you`re here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I`m singing loud that I`ll love you eternally
For the rest of my life
I`ll be with you
I`ll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I`ll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I`ll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I`ll be there for you
I know that deep in my heart
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009



http://www.islamiclyrics.net/maher-zain/for-the-rest-of-my-life/

menarik: renungan akhir tahun




Jangan menunggu bahagia, baru tersenyum.
Tapi tersenyumlah, maka kamu kian bahagia
Jangan menunggu kaya, baru mau beramal.
Tapi beramal lah, maka kamu semakin kaya
Jangan menunggu termotivasi, baru bergerak.
Tapi bergeraklah, maka kamu akan termotivasi
Jangan menunggu dipedulikan orang baru anda peduli,
Tapi pedulilah dengan orang lain! maka anda pasti akan dipedulikan…

Jangan menunggu orang memahami kamu, baru kita memahami dia.
Tapi pahamilah orang itu, maka orang itu paham dengan kamu
Jangan menunggu terinspirasi, baru menulis.
Tapi menulislah, maka inspirasi akan hadir dalam tulisanmu
Jangan menunggu proyek, baru bekerja.
Tapi berkerjalah, maka proyek akan menunggumu
Jangan menunggu dicintai, baru mencintai.
Tapi belajarlah mencintai, maka anda akan dicintai
Jangan menunggu banyak uang, baru hidup tenang.
Tapi hiduplah dengan tenang, maka bukan hanya sekadar uang yang datang, tapi damai sejahtera.
Jangan menunggu contoh, baru bergerak mengikuti.
Tapi bergeraklah, maka kamu akan menjadi contoh yang diikuti
Jangan menunggu sukses, baru bersyukur.
Tapi bersyukurlah, maka bertambah kesuksesanmu
Jangan menunggu bisa, baru melakukan.
Tapi lakukanlah! Kamu pasti bisa!
Para Pecundang selalu menunggu Bukti dan Para Pemenang Selalu Menjadi Bukti
Seribu kata akan dikalahkan Satu Aksi Nyata!

daripada: 
http://www.googlebottle.com/kisah-inspirasional/renungan-akhir-tahun.html#more-406

Wednesday, December 29, 2010

Empat kunci kebahagiaan



Hadith:
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya;”Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.!”

Riwayat Ibnu Hibban


Huraian:
  • Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:
    • Wanita yang solehah- iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
    • Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
    • Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.
    • Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.
  • Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu.
  • Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza.
copy from:
http://www.islamduniaku.com/tazkirah.html